Laila Manja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laila Manja
GenreDrama, fantasi
PengarahZulkifee R.Shad
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Perpisahan Ini" - 1st Edition dan Aizat Amdan
Lagu penutup"Perpisahan Ini" - 1st Edition dan Aizat Amdan
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Puteri Julia Nabilah Megat Junid
  • Megat Jufri Nasrullah Megat Junid
PenerbitZiela Jalil
Tempoh siaran25 minit
Syarikat penerbitan
Pena Creative Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal25 Julai 2011 – 25 Ogos 2011
Kronologi
MengikutiSi Jundai
Diikuti olehKekasihku Puyu

Laila Manja ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2011 arahan Zulkiflee R. Shad dibintangi Puteri Sarah Liyana, Iqram Dinzly, Zul Ariffin dan Amar Baharin, Nabila Huda. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lagenda TV3 dari 25 Julai 2011 hingga 25 Ogos 2011 menggantikan Si Jundai.[1]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Laila Manja semasa kecil sudah kematian ibu (lakonan Liza Shadan), kemudian bapa mereka berkahwin dgn Mastura. Bapa mereka kesian sebab Laila dan Manja ni sunyi kerana sudah kehilangan ibu, jadi bapa mereka mengharapkan dgn kehadiran Mastura dapat le menumpahkan kasih sayang sebagai ibu. Malangnya Mastura ni jahat rupanya.

Ibu tiri mereka ada skandal dengan Azman, pekerja kepada Dato’ Razali. Berlaku satu tragedi apabila bapa mereka nampak Mastura dan lelaki lain dalam rumah. Bapa mereka telah dibunuh oleh Azman. Manja takut dan lari membawa adiknya bersembunyi. Laila lari ke jalan raya manakala Manja bersembunyi dalam kereta sorang pakcik. Laila telah ditemui oleh orang kaya Dato Razali. Mereka akhirnya terpisah sejak kejadian tu.

Azman telah dihukum gantung, manakala Mastura dihukum penjara selama beberapa tahun atas tuduhan bersubahat dalam pembunuhan. Anak kepada Azman bernama Imran berdendam dengan Dato Razali yang telah memberi maklumat kepada polis. Apabila dewasa, Laila bekerja dengan Dato Razali dan adiknya Manja tinggal dengan Pak Mat, kini menceburi bidang perniagaan. Mereka akhirnya bertemu semula di dunia korporat dan berlaku konflik dalam perniagaan dan percintaan. Dapatkah Laila dan Manja bertemu semula.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Mubarak Majid sebagai Azman
  • Ramli Saleh sebagai Mahmud
  • Azhan Rani sebagai Kassim
  • Aleza Shadan sebagai Kamsiah
  • Wan Suhaimi sebagai Yacob
  • Yank Kassim sebagai Kekasih Wati
  • Roslee Sako sebagai Pak Mat
  • Atie AF sebagai Wati
  • Qhuzie Mohd Johari sebagai Mak Mah

Pelakon kanak-kanak[sunting | sunting sumber]

  • Ezlisa Loy sebagai Laila kecil
  • Carl Eqmal Hazali sebagai Manja kecil
  • Syahhira sebagai Mariam kecil
  • Nina Caryn sebagai Amie kecil
  • Dibi Amie sebagai Atie kecil

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama pilihan: Laila Manja di Slot Lagenda TV3 PinkyzLadies (25 Julai 2011). Dicapai pada 28 April 2012.
  2. ^ Laila Manja (2011): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 18 April 2019.